A K H I R N Y A




Aku tahu kini sesungguhnya kau hanya menyayangi dirinya.
Aku terima kehendakmu kerna aku ingin tetap menyayangi dirimu,
walaupun sekadar dari jauh aku melihatmu.
Aku tidak sanggup menjauh darimu kerna,
kau tetap dihatiku.



*listening to Purest Of Pain, again*



www.tips-fb.com

Picnic


Having a great time at Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi on
January 3rd, 2010 with my new friends.

Thanks for cheer up my day friends.
Credit to Aziim, Hadii, Atien, Myra, DJ Fizd, Tasha, Matt, Belon, Kerii, Amy, And Others.
<33
www.tips-fb.com

<33 Friends

Celebrating new year with friends, was such a nice new year's eve ever.
I'll not forget our memories together since our first day be friends.
They are such a great great friends and so happening.

Myra. Si kepala senget, kurang betul. Aku sayang kau Myra, <33

Kak Nana And Joey Panjang, keep up the good work and
wish you all get more happiness and success in your carrier. <33

Hadii And Kak Nana. Bestfriends Forever No Matter Happens. <33

Me, Myself And I, little bit drunk. :)

And lastly, Imran And Hadii. Kepala Sewel. Sayang korang lah! <33



And last but not least, may this new year
bring happiness and more cheerful than 2009.
Goodbye 2009 and welcome sweety, 2010.
For sure, we are getting older. GRRR -.-


www.tips-fb.com

Berlalunya Sebuah Kenangan



Setiap yang datang itu pasti berlalu jua.
Ia akan tetap menjadi memori bagi setiap dari kita,
Dalam menempuh sesuatu yang mendatang.

Semoga setiap dari kita,
Menjadi lebih dewasa; tentunya menjadi lebih dewasa,
Serta menjadi lebih bagus berbanding sebelumnya.

Bersama kita mencipta sesuatu yang baru,
Dan mengabdikan ia menjadi memori yang tidak mungkin dilupakan.
Mungkin, sesuatu yang mendatang ini menjadi intipati yang gemilang.

www.tips-fb.com

T E R K U B U R




Penantian 3 tahun kini sudah berakhir.
Kerna dirimu makin menjauhi diriku.



Aku undur diri,
Melepaskan kau pergi,
Kerna, diri sudah tiada.


Hanya jasad kosong kini dalam diriku,
Kerana kamu.
www.tips-fb.com

Tidak Mengerti | Part 5


Aku tak boleh keluarkan dia dari benak akal singkatku.
Ada imej dia yang sentiasa tersenyum,
sentiasa ketawa dalam kepala aku.
Dan segala tingkah lakunya tika di hadapan mataku.

Aku mahu berdiri di hadapannya dan beritahu,
kau adalah orang yang paling sempurna dalam dunia.
Aku mahu kata, kau adalah untuk aku.
Dan aku? Aku adalah untuknya.

Aku tak mahu merosakkan segala galanya.
Maka, aku ambil telefon dan terus mendengar lagu.

Tapi, sambil itu aku masih melihat text darinya.
Dan ia mampu membuat aku tersenyum lebar
dan terus lena dengan hati yang tenang.


*sesungguhnya, kau susah untuk aku lupuskan ;( *
www.tips-fb.com

Mata Merenung Telinga Mendengar Dan Hati Berbicara



Kawan adalah perkataan yang besar
jadi aku kecilkan lingkungannya supaya benar-benar bermakna.

Cinta dan desire adalah dua perkara jauh berbeza
dan satu darinya sering terkorban untuk yang satu lagi.

Dosa bukan sahaja suatu hutang dengan Tuhan
malah perlu dibayar dengan secebis dari jiwa dan kehidupan di dunia ini sendiri.

Lebih banyak manusia yang aku benci,
lebih aku cintakan kemanusiaan.

Terlalu mendekati harta dunia fana,
kian menjauhi dunia kekal abadi.


*nasihat untuk diri yang lemah alpa*
www.tips-fb.com

Tidak Mengerti | Part 4



Bait bait lirik 'Purest Of Pain' sedikit sebanyak menyentak benak hati tentang dia sungguhpun jarak dan keadaan sekeliling memisahkan kami. Aku tidak mampu menahan perasaan ini pada dirinya walaupun untuk sedetik hening, kerna diriku kini milikmu secara halus. Aku tidak ingin orang sekeliling mengetahui perasaanku padanya kerna aku tahu diriku tidak sesempurna dirimu.
Biarkan aku berdiri sendiri menahan perasaan ini dari terus menyayangi dirimu, dan sesungguhnya menahan perasaan ini jauh lebih sempurna dari membenarkan dia tahu akan kebenaran yang mungkin merosakkan perhubungan persahabatan kita.
*listening to Purest Of Pain sang by Son By Four*



Awal perkenalan aku hanya tersenyum bila melihat dirinya dari jauh tapi apakan dayaku kerna aku masih tidak mengenalinya walaupun sebagai seorang sahabat.



Seterusnya, perhubungan sebagai sahabat rapat sedikit sebanyak membuat aku gembira walaupun sekejap saat sahaja namun itu sudah memadai bagi aku yang mula menyayangi dirinya dari jauh.



Dan kini, aku meletakkan harapan pada perhubungan kami sungguhpun aku tahu perhubungan ini hanya tetap sebagai kawan dan tidak akan lebih dari itu sampai kapan pun. Dan sedikit sebanyak boleh menjejaskan perhubungan persahabatan kami sekira dirinya tahu akan kebenaran dan hakikat yang aku ciptakan sendiri.
Dan mungkin hakikatnya aku perlu menjarakkan diriku darinya untuk menyelamatkan persahabatan yang suci tulus ini......
*emosi dalam sanubari*








www.tips-fb.com

Tidak Mengerti | Part 3


Sejenak aku terbangun dari suatu kebahagian, rupanya ia hanyalah mimpi indah semata yang menjadi mainan tidur setiap orang. Tanpa aku sedari, aku hanyalah menunggu perkhabaran berita dari dia yang mana kini jauh dari sisiku tapi, aku adalah malang.

Tiada sebarang berita dari dirinya, dan fikiran bodoh memikirkan banyak perkara negatif tentang perlakuan dia hari ini. Kenapa kenapa dan kenapa semua ini terjadi.

Adakah dia sihat. Bagaimana dengan harinya. Apa yang telah terjadi padanya. Sibukkah dia.
Atau dia telah tahu tentang perasaan aku padanya, dan ingin menjauhkan dirinya. Sesungguhnya itu adalah suatu perkara yang aku takuti dan tidak ingin perkara ini berlaku antara kami.


*thinking about what are you doing there*



Sekarang, biarlah kesepian antara kami untuk seketika ini. Tapi aku berharap tiada apa yang berlaku dalam perhubungan persahabatan kami yang telah kami ciptakan untuk seketika perkenalan ini.

Kini, aku seorang memikirkan tentang dirinya dan aku tahu dia tidak pernah untuk memikirkan aku walaupun untuk sekejap minit. Aku redha kerana antara kami hanyalah sahabat rapat dan aku tidak meletakkan sebarang harapan dalam persahabatan yang kita jalinkan ini. Cukuplah sekadar menjadi sahabat dia dari aku kehilangan dirinya untuk selama lamanya.


*bingung dan runsing*

www.tips-fb.com

Tidak Mengerti | Part 2



Manusia adalah ciptaan yang sempurna. Punyai perasaan dan hati naluri, yang mana membezakan manusia itu dengan manusia yang lainnya yakni pada zahirnya atau lahiriahnya sendiri.

Dia adalah seorang insan yang mampu membuatkan perasaan dan hati yang penuh noda ini menyayangi dirinya apa adanya dia, walhal sekelumit perasaan itu tidak diketahui permulaannya dimana dan bila masa dan ketikanya.

Tetapi, sedikit demi sedikit dapat dirasai oleh noda noda hati yang mana sangat mudah untuk menyayangi dia tidak seperti aku menyayangi orang lain sebelum ini. Bahkan, sesingkat perkenalan kita sebagai sahabat, telah merapatkan lagi persahabatan kita.


*thinking the way you're sleeping*



Tika dan saat ini, angananku menjadi tinggi, nun setinggi langit mencecah awan biru yang tidakku tahu sejauh mana pada realitinya. Tetapi, perasaanku sesungguhnya gembira dengan segala yang berlaku antara kita.

Tidak pernah ada sekelumit rasa pahit dengan segala cercaan dia bahkan, bagiku itu hanyalah sebagai gurauan antara kita sebagai sahabat rapat. Tidakku hiraukan cacian, makian orang sekeliling, asalkan aku dengan dirimu sentiasa berada dekat dan perhubungan persahabatan ini tetap seperti pada awal perkenalan.


*imbas kembali saat perkenalan*



Perasaan diri aku pada waktu ini sangat gembira kerana apa yang aku tunggu akhirnya berbaloi diatas kesabaran aku dan sesungguhnya, terima kasih pada dia yang telah membuatkan aku rasa sedikit yakin tentang perhubungan persahabatan yang kita ciptakan ini.

Kesabaran amat penting dalam keadaan pada tika waktu ini yang mana sedikit sebanyak membuatkan hati aku sedikit mekar harum walaupun tidak pasti apakah maksudnya semua yang terjadi untuk kesekian kalinya.

Tetapi, biarkan aku menyimpan semua ini untuk tatapan dan memori indah pada masa hadapan tentang kenangan perhubungan persahabatan kita yang telah tercipta tika ini. Aku sedikit tidak mengendahkan sekiranya semua ini hanyalah untuk sementara, kerna bagiku, memori tercipta bersama dirimu, sahabat, sudah mampu membuatkan aku tersenyum sendirian pada waktu aku memerlukan sesuatu keindahan.


*listening to Memori Tercipta, sang by Shila*



Bagi diriku yang hina dan nista ini, mengingati saat perhubungan persahabatan denganmu yang sementara ini sesungguhnya membuatkan aku gembira walaupun untuk beberapa saat sahaja. Semua itu amat bermakna bagi diriku kerna aku tidak mudah untuk menyayangi orang yang bergelar sahabat seperti aku menyayangi dirimu seperti kini.
Memori terindah hanyalah kenangan persahabatan bersamamu, DIA!



*still thinking the way you're sleeping*


www.tips-fb.com