Died

Entri kali ini sebenarnya aku memang tidak tahu nak tulis pasal apa, pasal siapa or bila. Just tiba-tiba aku rasa aku kena buat blog baru memandangkan ada segelintir manusia yang sangat bagus, manusia yang belajar tinggi, tapi susah nak terima kenyataan, telah menulis sedikit sebanyak tentang aku. Ada aku kisah ? AHAHA. Macam lah aku ni jenis yang tidak reti membaca dan tidak mampu menulis tentang kau wahai si cerdik pandai. Ye, dulu memang segala benda aku kongsi dengan kau, dari isi keluarga aku, sehinggalah ke kisah hidup aku. Erk, maksud aku, kisah tentang siapa buah hati aku. Tetapi, pernah tak kau terfikir, kadang- kadang aku juga memerlukan sedikit ruang untuk bersendiri ? Oh, seperti mana kau juga. Aku rasa lah, tetapi lain lah kalau kau jenis yang suka mencanang semua cerita tentang kau. Oh, sesungguhnya aku bukanlah macam itu. Bukan semua cerita, kisah aku akan ceritakan pada kau. Termasuklah masalah aku dengan buah hati aku walaupun kau lah antara manusia pertama yang tahu cerita tentang perkara terbaru berkaitan hidup aku. Tetapi, kau jangan pernah fikir yang segalanya akan aku ceritakan pada kau, kerana aku makin lama makin tidak selesa dengan cara kau.  Aku diam sehari dua, atau mungkin berminggu, kau sudah fikir macam-macam, aku tidak ingin berkawan dengan kau lah, aku marah kau lah. Sesungguhnya, cara kau itu bukan menunjukkan yang kau ambil berat tentang aku, tetapi itu adalah suatu yang sangat merimaskan aku. 

Untuk terakhir kalinya, aku tidak lagi menganggap kau sebagai seorang yang bernama sahabat. 

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment