Manusia, seperti mana kau, aku dan juga mereka.
Tetapi, antara kau, aku serta mereka itu, masing masing mempunyai pelbagai ragam dan karenah.
Sama ada menyenangkan hati, mahupun menyakitkan hati.
Tetapi itu adalah suatu yang dinamakan sebagai lumrah kehidupan di muka bumi yang fana ini.
Aku, sesungguhnya hanya kau dan mereka yang dapat menilai sejauh mana aku ini sebagai manusia.
Kau pula dinilai oleh aku dan juga mereka yang berada disekelilingmu tentang siapa dan bagaimana kau menjadi manusia.
Dan mereka juga tidak boleh menilai diri mereka sendiri tanpa bantuan dari aku dan kau.
Pada aku, aku adalah aku yang sedia wujud dengan kelebihan serta kekurangan aku yang tersendiri serta aku sedaya upaya meningkatkan kelebihan dan merubah kekurangan aku itu supaya aku menjadi manusia yang selayaknya digelar manusia.
Kau adalah sahabat kepada aku, juga dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tetapi, aku sedikit pun tidak cemburu atau mempunyai hasad dengki dengan kelebihan kau. Dan aku pula tidaklah gembira dan bergelak ketawa dengan kekurangan yang kau ada.
Dan mereka juga berada dalam situasi yang sama. Aku hanyalah mampu melihat dan berharap akan segala kelebihan yang ada pada mereka itu menjadi milik aku dan kekurangan mereka itu dapat aku perbaiki dan ubah untuk menjadi sempurna. Kerana aku yang mampu menilai baik dan buruk mereka.
Kepada aku, tingkatkan kelebihan dan perbaiki kelemahan dan kekurangan.
Dan kau, jangan terlalu membangga diri dengan segala yang kau ada kerana semuanya boleh lesap dalam sekelip mata serta jangan menyesali kelemahan kau kerana sesungguhnya terdapat pelbagai hikmah disebaliknya.
Serta kepada mereka, syukuri segala yang dikecapi dan jangan sesekali menjatuhkan orang lain termasuk aku dan kau.