Tiada duka, tiada tangis.
Tiada gurau, tiada tawa.
Begitulah kehidupan, jangan menolak.
Kerana, ia adalah rencah dalam diri kita.
Hidup diadaptasi sebagai drama. Hilai tawa menjadi satu percaturan. Beginilah asam garam yang harus ditempuhi. Tidak kira manis mahupun sepahit hempedu. Maka, terimalah segala percaturan. Jangan ada sekelumit rasa benci akan kehidupan.