Sekarang jam di lappy aku menunjukkan tepat pukul 5.10 am.
Tapi aku masih tidak boleh melalapkan mata walaupun sekejap.
Walaupun aku tidak berapa sihat hari ni, aku masih mampu menulis di blog.
Okay, sebelum itu, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua kawan-kawan di dunia maya dan juga di dunia realiti :)
nahh ! Ini apa yang ingin dicoret.
Aku berada di kampung, dan banyak mengetahui perkembangan kawan kawan lama disini.
Dari zaman kecil sehinggalah yang sudah berumahtangga kini dan mempunyai anak.
Kawan kawan sekeliling, kawan kawan sepermainan dahulu kala, kini semua sudah bekeluarga.
Dari yang nakal, kini sudah menjadi seorang yang baik. Sangat berbeda dari zaman muda.
Tapi apa yang tinggal adalah aku.
Masih mencari kehidupan yang baik dan mampu membanggakan orang sekeliling, terutama sekali keluarga aku. Tapi hanya Tuhan yang maha mengetahui, bilakah detik itu akan tiba untuk aku.
Tetapi setiap hari, setiap saat aku mencuba untuk menjadi lebih baik, mengejar kehidupan yang sedikit sempurna berbanding kehidupan kini.
Bukan untuk aku, tetapi untuk semua insan yang aku sayang.
Ya Tuhan,
berkatilah kehidupan aku.
Dan sesungguhnya, aku hanyalah hamba yang lemah.
Hamba yang sentiasa mengharap pertolongan dan petunjuk dari Mu ya Tuhan.
..............................................
Mood : emosi tidak stabil :(