Aku tak boleh keluarkan dia dari benak akal singkatku.
Ada imej dia yang sentiasa tersenyum,
sentiasa ketawa dalam kepala aku.
Dan segala tingkah lakunya tika di hadapan mataku.
Aku mahu berdiri di hadapannya dan beritahu,
kau adalah orang yang paling sempurna dalam dunia.
Aku mahu kata, kau adalah untuk aku.
Dan aku? Aku adalah untuknya.
Aku tak mahu merosakkan segala galanya.
Maka, aku ambil telefon dan terus mendengar lagu.
Tapi, sambil itu aku masih melihat text darinya.
Dan ia mampu membuat aku tersenyum lebar
dan terus lena dengan hati yang tenang.
*sesungguhnya, kau susah untuk aku lupuskan ;( *
No comments:
Post a Comment