Kawan adalah perkataan yang besar
jadi aku kecilkan lingkungannya supaya benar-benar bermakna.
Cinta dan desire adalah dua perkara jauh berbeza
dan satu darinya sering terkorban untuk yang satu lagi.
Dosa bukan sahaja suatu hutang dengan Tuhan
malah perlu dibayar dengan secebis dari jiwa dan kehidupan di dunia ini sendiri.
Lebih banyak manusia yang aku benci,
lebih aku cintakan kemanusiaan.
Terlalu mendekati harta dunia fana,
kian menjauhi dunia kekal abadi.
*nasihat untuk diri yang lemah alpa*
No comments:
Post a Comment