Tidak Mengerti | Part 1


Pertemuan tanpa dirancang. Sesungguhnya tidak diduga.
Tidak disedari dan tidak aku tahu apakah tandanya.

Perkenalan sebagai sahabat seterusnya sebagai sahabat yang rapat.
Membuat aku sentiasa melihat wajahnya didalam bayangan sanubari.
Kata katamu sedikit pun tidak mengguris hati, walaupun ia adalah sepahit hempedu.


*diam sendirian*


Tetapi, apa kata hati ?
Memang hati aku bodoh kerana tidak tahu mentafsir maksud yang dirasa kini.
Biarlah. Biarkan minda cerdik ini menafsirkan sendiri apa makna semua yang berlaku.


*sejenak waktu aku berfikir*


Maka, pada aku,
Aku adalah seorang yang tidak tahu untuk menyelak hati aku sendiri.
Mungkin aku masih seorang budak lelaki yang cuba untuk menyelami maksud hati sendiri.


Perubahan yang kini dirasai tidak mudah untuk aku hapuskan dari minda, apatah lagi dari hati yang nista.
Tetapi, biarkan aku sendiri menafsir segalanya tanpa perlu meluahkan kepada sesiapa.
Apa yang dirasa, biarlah aku sahaja yang mengetahui dan memikirkan tentangnya.

Untuk manusia yang membuat aku jauh merasa begini,
sesunguhnya terima kasih untuk perasaan ini walaupun ia mungkin hanyalah sementara.
Walaupun kau tidak mengetahui pada zahirnya.


*terbayang wajahnya*



Aku tidak akan biarkan persahabatan yang indah ini punah dan hancur dek kerana perasaan aku yang diri aku sendiri tidak tahu apa yang dirasai kini apatah lagi diri mu.


Sekali lagi, hanya senyummu yang aku rindui.
Tapi, kini kau jauh dari jiwa sanubariku.


*listening to menatap matamu*


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment