Tidak Mengerti | Part 3


Sejenak aku terbangun dari suatu kebahagian, rupanya ia hanyalah mimpi indah semata yang menjadi mainan tidur setiap orang. Tanpa aku sedari, aku hanyalah menunggu perkhabaran berita dari dia yang mana kini jauh dari sisiku tapi, aku adalah malang.

Tiada sebarang berita dari dirinya, dan fikiran bodoh memikirkan banyak perkara negatif tentang perlakuan dia hari ini. Kenapa kenapa dan kenapa semua ini terjadi.

Adakah dia sihat. Bagaimana dengan harinya. Apa yang telah terjadi padanya. Sibukkah dia.
Atau dia telah tahu tentang perasaan aku padanya, dan ingin menjauhkan dirinya. Sesungguhnya itu adalah suatu perkara yang aku takuti dan tidak ingin perkara ini berlaku antara kami.


*thinking about what are you doing there*



Sekarang, biarlah kesepian antara kami untuk seketika ini. Tapi aku berharap tiada apa yang berlaku dalam perhubungan persahabatan kami yang telah kami ciptakan untuk seketika perkenalan ini.

Kini, aku seorang memikirkan tentang dirinya dan aku tahu dia tidak pernah untuk memikirkan aku walaupun untuk sekejap minit. Aku redha kerana antara kami hanyalah sahabat rapat dan aku tidak meletakkan sebarang harapan dalam persahabatan yang kita jalinkan ini. Cukuplah sekadar menjadi sahabat dia dari aku kehilangan dirinya untuk selama lamanya.


*bingung dan runsing*

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment